Friday, December 14, 2012

::Hutan Lipur Cherok tokun::

Aktiviti hari ni..
menerjah hutan lipur cherok tokun..
last sekali pergi masa awal tahun ari tu
tu pun sbb MSK JMTI
hehehhehe

best.. dapat release tension at sini
dengan pemandangan hutan hijau dan 
bunyi deruan air sungai yang mengalir
rasa tenang sgt2 

maklumlah..hari ni paper exam tak ada
so,berjalan lah
subahanallah..ciptanNya yang tak ternilai sgt2
udara yang segar di pagi hari..
semoga hati dan perasaan ku setenang  
hutan hijau ini

walaupun ada badai mereka kawan aku

aku lah ni..sapa lagi 
hilang segala kedukaan aku dengan adanya gelak dan tawa bersama

dengan mereka

no komen dude

cik wanie with air sungai


#senyum sokmo deh#

Thursday, December 13, 2012

::My Lovely Parents::

sejauh mana pun kita pergi..
ingat kita masih ada tanggungjawab pada keluarga..
jangan sebab dah senang dah boleh sara hidup sendiri..

kita lupa mak ayah yang dulu bertungkus lumus kerja siang malam
hanya semata2 nak bagi anak-anak makan
dan nak bagi anak-anak pelajaran yang secukupnya..

jangalah tempatkan mereka di rumah orang-orang tua..
jangan jadikan  "kerjaya" sebagai alasan
seorang ibu boleh jaga 10 orang anak tapi
knp 10 orang anak tak boleh jaga seorang ibu..

ingatlah..
mereka syurga kita,dunia akhirat kita.
mereka hanya satu dalam seribu
tiada galang gantinya



I love My Parents

::Durian Crepee::

Dari sehari ke sehari..
hari ni baru dapat makan kau..
memg terbaiklah kan
oh..durian crepe...
heheheh


durian crepe with my friend
#senyum sokmo deh#

Friday, November 30, 2012

::Budak Comel::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Harap-harap kawan-kawan semua di dalam keadaan sihat hendaknya.
Alhamdulillah..kita masih lagi di beri peluang untuk menghirup udara yang segar..

Nak citer sikit pada "budak comel".. sweet sgt2 orangnya..
Rindu yang membuak2 nak jumpa ngan dia.. comel sgt2..

Al-kisahnya,dulu aku pernah kerja di sebuah taska di Ampang. Aku memang sukakan budak2..i love it..
Aku sempat kerja selama 4 bulan jer lepas tu aku dapat offer letter dari pihak JMTI untuk menyambung pengajian..

Masa tu Allah SWT je lah yang tahu bertapa sedihnya nak tinggalkan budak2 yang aku dah jaga selama 4 bulan. Walaupun sekejap,rasa sayang pada mereka tu ada. Pertemuan dan perpisahan tak akan pergi jauh dengan hidup manusia,mcm tu lah juga dengan pertemuan ni.

Hari-hari akhir aku kat taska,aku bnyak abiskan masa ngan anak2 taska.,sampai sekarang ni masih teringat lagi.Mewarna,melukis,buat origamui sampai lah menyanyi dengan mereka,semua kami lakukan hanya untuk tumbesaran mereka.Ada anak2 taska yang hanya boleh merangkak sahaja sehingga boleh berjalan,membesar dari hari ke hari di hadapan aku dan kawan2 yang lain.

"CIKGU FARAH"..
gelaran kami di taska..
anak2 taska akan memanggil dengan panggilan cikgu.
abg izz,johan,airis,fahim,qistina,haris,farhan dan yang lain2. Cikgu farah sayang kamu semua.

Baru2 ni aku p visit airis..wah bukan main rindunya dekat dia....rindu sgt2.
Alhamdulillah dapat jumpa airis..bnyak celotehnya..
geram tgk nya.


Airis with cikgu farah 




Airis with cikgu farah n cikgu wani


excited Airis dapat dolly dari aku

Sunday, November 25, 2012

::Baik dan Lebih Baik::

...Assalamualaikum...
Lama rasenya tak tulis blog sebab tak ada idea yang menarik..

Jadi baik susah,ramai sgt mengata  kononnya kita ni nk tunjuk alim,nk tunjuk baik,walhal kita ni bukan baik sgt pun..tapi at least kita sedar diri kita mcm mane nak di bandingkan dengan orang yang mengata kita "FREE" dkt kita,.Terima Kasih tak terhingga rasanya.
Jadi jahat lagilah susah,selalu diburu ke sana ke mari..
Emmm..lumrah dunia,sentiasa ade aje ada yg tak puas hati dengan apa yang kita miliki..

Cakap pasal "BERUBAH",aku teringin sgt2 nak berubah,menyesali dosa2 yang dah aku lakukan selama 21 tahun aku hidup ni.. Mungkin aku tak perasan apa dosa yang pernah aku lakukan sehingga hari ini tetapi dengan lakukan solat taubat,..Alhamdulillah,hati sentiasa tenang dengan kehadiran ujian yang diberikan olehNya dekat aku..
Masyarakat sekarang nih susah nak tgk orang buat baik,berubah kepada yang baik sikit..terus je mengata/megumpat..maklumlah mulut tak insuran langsung..
tapi apa pun masyarakat cakap,buat2 tak dengar jer,jangan putus asa dengan pendirian kita nak berubah.One more thing,kita ni bukan nak berubah kearah "Kemaksiatan" tetapi berubah ke arah "Kebaikan".
xsemestinya tak bertudung tu semua jahat dan xsemestinya yang bertudung tu semua baik,tapi macam mana pula yang bertudung kejap2 tu? persoalannya,di manakah kita sekarang?


Yang penting niat tu kena betul,..
kalau nak berubah sebab "Pakwe" tu, better forget it lah syg..
Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk umatNya
Allah SWT telah titipkan rasa sayang yang tidak terhingga untuk umatNya

Thursday, September 20, 2012

::raya 2012::

walaupun raya dh abis tpi baru ari ni dapat update....seronoknyer raya!!!!!!!

raya bsama2 ex bos 

ex schoolmate

::ILMU::

tak ada apa yang mustahil dalam hidup ni.. semuanya boleh kalau korang nak..
tak payah tunggu orang lain untuk dapatkannya untuk korang... lakukan sendiri semuanya.. insyallah pasti akan dapat..
bak kata pepatah "hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih"..
mcm tu juga ngan aku yang tak betah mencari ilmu..dari dulu hingga sekarang... kadang2 mungkin perasaan jemu tu timbul...tapi biasalah belajar,sapa tak bosan kn??? aku pon bosan jgak.. tapi untuk masa depan kan.. bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian..insyallah akan membuahkan hasil yang lumayan dari apa yang ada sekarang berbanding apa yang ada sekarang..dalam islam pon amat2 menggalakkan untuk cari ilmu,malah jangan berhenti mencari ilmu..tak da harta yang paling bernilai daripada ilmu dan amal yang di  lakukan....